Kebudayaan dan warisan Brunei

Rencana utama: Budaya di Brunei

Budaya Melayu Brunei seakan sama dengan budaya Melayu di Semenanjung Malaysia dengan pengaruh kuat daripada Hindu dan Islam tetapi kelihatan lebih konservatif berbanding di Malaysia.[16] Budaya ini berasal daripada Dunia Melayu Lama yang merangkumi Kepulauan Melayu (Alam Melayu) dan ini berpunca daripada apa yang dikenali sebagai Tamadun Melayu. Walaupun budaya Brunei dipengaruhi oleh Hindu, Islam, animisme dan Barat tetapi pengaruh Islam adalah lebih kuat kerana telah tertanam lama dalam budaya Brunei sehingga menjadi cara hidup serta ideologi dan falsafah negara.[17]

Pengharaman alkohol

Sebagai sebuah negara Islam dan mengamalkan hukum syariah, jualan dan penggunaan alkohol adalah diharamkan tetapi orang luar dan bukan Islam dibenarkan membawa 12 tin bir dan dua botol spirit setiap kali mereka masuk ke negara ini.[18][19] Selepas pengenalan larangan pada awal 1990an, semua pub dan kelab malam dipaksa tutup.

Kesenian

Seni disenaraikan di Brunei terdiri daripada pelbagai jenis cabang termasuk:

  1. Puisi, seperti pantun, sajak, syair dan sebagainya
  2. Sastera dan bahasa, seperti koleksi buku-buku novel, sejarah, peribahasa, perambahan Brunei, bidalan, hikayat dan sebagainya
  3. Muzik tradisional, termasuklah iramanya, rentaknya dan alat-alatnya yang tertentu
  4. Lagu-lagu asli dan lagu-lagu rakyat, seperti Samalindang
  5. Tarian tradisional dan teater, seperti zapin, joget, alai sekap, adai-adai dan sebagainya
  6. Lukisan
  7. Kraftangan, seperti menenun kain jong-sarat dan menganyam seperti membuat bakul seperti tekiding
  8. Memburis perahu, seperti perahu tambang
  9. Pertukangan tangan, seperti emas dan perak untuk barang perhiasan
  10. Senjata seperti keris
  11. Pakaian, perhiasaan dan kustom negara, seperti pakaian etnik negara
  12. Seni mempertahankan diri, seperti pencak silat
  13. Pantang larang
  14. Adat, seperti adat perkahwinan
  15. Adat-istiadat negara
  16. Makan sirih pinang.